Site Overlay

SOP GEREJA

KEBAKTIAN GEREJA BUKIT KANADA
PROSEDUR OPERASI STANDARD

SOP KEBAKTIAN HARI MINGGU ATAU MESYUARAT

(A) Penjagaan dan Pembersihan Premis Gereja
  • Pintu masuk depan dikendalikan oleh usher gereja.
  • Seorang Usher akan dilengkapi dengan “Thermometer Gun” untuk mengukur suhu  semua orang yang memasuki premis tersebut.
  • Seorang lagi usher untuk memegang “Hand Sanitizer” (>60% alkohol) untuk membersihkan tangan jemaat yang memasuki premis. Gel tangan yang dikendalikan oleh kaki  juga akan disediakan oleh gereja.
  • Ushers juga akan memastikan penjarakan Sosial (> SATU meter , bertanda di lantai) ketika mereka beratur untuk memasuki bangunan dan ketika duduk di dalam gereja. 
  • Kesihatan Ushers mesti diperiksa oleh Ketua Usher (Ketua diaken) untuk memastikan  mereka sihat dan telah memberi penerangan kepada mereka mengenai SOP sebelum setiap kebaktian atau perjumpaan.
  • Ketua Usher (Ketua diaken) memastikan bahawa Dewan Gereja ( termasuk tandas ) dibersihkan dan disanitasikan.
(B) Laluan Masuk ke dewan gereja
  • HANYA SATU LALUAN MASUK dibenarkan iaitu melalui Pintu Utama (depan gereja). TIDAK dibenarkan masuk dari semua pintu sebelah / “Sliding door” atau pintu belakang.
  • Pintu sisi “Sliding door” dan pintu belakang akan dikunci dari dalam. Pintu tersebut hanya digunakan untuk masa evakuasi kecemasan sahaja.
  • Pintu sebelah / pintu gelangsar akan dibuka sebelum kebaktian berakhir untuk jemaat  keluar dan untuk mengelakkan sesak di pintu masuk utama.
(C) Laluan Pintu Utama – Pemeriksaan Kesihatan
  • LANGKAH 1 – Jemaat harus beratur dan menjaga jarak sosial  sebelum memasuki premis gereja. Seorang “usher” akan mengambil bacaan suhu (menggunakan “Thermometer Gun” di dahi mereka).
  • LANGKAH 2 – Ahli mesti mengisi butiran mereka mengikut Kad Pengenalan mereka dalam helaian Log (senarai Kehadiran) iaitu Nama, Nombor telefon bimbit dan suhu atau menggunakan My Sejahtera (imbas kod Bar gereja) untuk mendaftar.
  • LANGKAH 3 – Jemaat mesti membersihkan tangan mereka menggunakan semburan atau gel tangan sebelum dibenarkan masuk ke Dewan Gereja.
  • LANGKAH 4 – Jemaat akan pergi ke meja di mana mereka boleh memberikan persembahan atau perpuluhan mereka ke dalam kotak persembahan .
  • LANGKAH 5 – Jemaat boleh terus pergi ke tempat duduk mereka.
(D) Pengesanan Bacaan Suhu Tinggi dan Tindakan

Sekiranya seorang anggota gereja mempunyai suhu bacaan melebihi 37.5C, jemaat tersebut tidak dibenarkan masuk ke dewan gereja dan akan diasingkan dari orang lain. Bacaan ke-2 akan diambil selepas 5-10 min. Jika bacaan di bawah suhu 37.5C, dia akan dibenarkan memasuki premis gereja. Walau bagaimanapun, jika bacaannya melebihi daripada 37.5C, dia akan diminta untuk pulang dan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

(E) Anggota jemaat yang dibenarkan masuk Gereja
  • Kanak-kanak di bawah 12 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk dan penjaga atau ibubapa dinasihatkan untuk TIDAK membawa mereka masuk ke kebaktian
  • Anggota yang tidak sihat iaitu mengalami selesema, batuk, kesukaran bernafas TIDAK DIBENARKAN menghadiri kebaktian.
  • Anggota yang menghidap penyakit kronik dinasihatkan TIDAK MENGHADIRI kebaktian tersebut.
(F) Anggota jemaat yang dibenarkan masuk Gereja
  • Oleh kerana bilangan ahli BKBM yang banyak, ahli dinasihatkan untuk menempah tempat duduk untuk kebaktian hari Ahad. Tempahan boleh dilakukan melalui pautan (link) yang telah disediakan dalam facebook.com/bembkbm atau dilaman web bembkbm.org 
  • Pendaftaran akan ditutup pada hari jumaat pada jam 4pm. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Mariana atau Masana ditalian ini tel: 085 – 424 387
  • Senarai nama tempahan akan dicetak di dalam lembaran log untuk pendaftaran. Ahli hanya akan dibenarkan masuk sekiranya mereka mempunyai nama di lembaran log.
(G) Penggunaan tandas
  • Hanya 4 orang dibenarkan pada satu masa
  • Empat (4) kad akan digantung di luar pintu tandas. Pengguna mesti mengambil satu (1) kad semasa memasuki tandas dan mengembalikan kad (digantung) semasa keluar.
  • Jumlah kad yang tersedia akan menunjukkan jumlah orang yang boleh masuk atau menggunakan tandas pada waktu itu. 
  • Sekiranya kad tidak tersedia, pengguna seterusnya mesti menunggu di belakang garisan merah di luar tandas.