Sam Patrick – Pastor

Pastor Sam Patrick Pengiran adalah gembala sidang gereja BEM (SIB) Bukit Kanada Bahasa Malaysia.Beliau merupakan pastor yang bertanggungjawab dalam pelayanan seperti Doa / Lawatan Hospital / Warga Emas / MPP (Ibadah raya) / Hospitaliti (Ibadah raya) / Multimedia (Ibadah raya) / Kedukaan & Penghiburan dan Social & Rekreasi

Ghairah tentang Firman Tuhan dan umat-Nya, beliau merupakan penceramah yang dinamik, baik dan penuh dengan urapan. Beliau juga merupakan pemimpin luar biasa yang keinginan adalah untuk melihat orang-orang yang diberi kuasa oleh rahmat Tuhan untuk hidup berjaya.

Pastor Sam telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan . Isterinya, Diana Lawrance Sakai ialah seorang surirumah dan kini mereka sekeluarga menetap di Miri.

Facebook Instagram

Ramlee Anak Gawing – Pastor

Pastor Ramlee Anak Gawing berasal dari Jelalong-Tubau dalam Daerah Bintulu. Beliau berbangsa Iban. Anak sulung dari empat beradik. Pendidikan sekuler beliau hanya sampai peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di SMK Bintulu. Sebelum membuat keputusan untuk melayani Tuhan sepenuh masa, beliau giat mengikuti para penginjil yang memberitakan Injil dalam kawasan Jelalong-Tubau untuk beberapa tahun. Beliau juga pernah menjadi exco majlis gereja tempatan sebelum masuk ke sekolah teologi.

Pendidikan Teologi: STP Belaga – 1990-1992 (Certificate of Biblical Studies) MEC Miri – 1996-1999 (Diploma in Biblical Studies) MBS Klang – 2005-2007 (Bachelor of Theology + Master of Ministry) STS Sabah – 2012-2013 (Master of Divinity)

Pengalaman Pelayanan beliau ialah Pernah menjadi pastor-penginjil selama tiga tahun dalam Daerah Kuching. Kemudian berpindah tempat pelayanan ke Daerah Miri sebagai pastor gereja selama dua tahun. Selepas itu berpindah lagi ke Daerah Belaga dan melayani dalam gereja Bahasa Kenyah selama enam tahun di Sungai Asap. Kemudian dipinjamkan ke STP Belaga sebagai pengajar untuk enam bulan semantara penempatan tahun berikutnya. Setelah itu, bertukar tempat dan jenis pelayanan ke Maktab Injil Lawas sebagai Pensyarah selama dua tahun sebeleum melanjutkan pendidikan teologi ke Seminari Teologi Sabah.

Instagram
 
 

Dina Siau – Youth Pastor

Pastor Dina Siau merupakan pastor yang bertanggungjawab dalam pelayanan Muda-Mudi & Remaja ( youth), Pelayanan Wanita dan Pelayanan Kanak-Kanak di BEMBKBM.

Mendapat pendidikan teologi daripada MEC miri dan kini beliau ditempatkan di BEMBKBM oleh BEM Pusat dalam membantu untuk mencapai misi dan visi gereja local.

Facebook Instagram